Panggilan Mendesak!
Bantu Kami Membangunkan Pondok Agama Hari Ini!

Mari bantu kami ambil peluang sama-sama berusaha menyiapkan projek pembinaan
MADRASAH MARDIYAH, Lot 1407/1408 Kampung Talak, Chabang Empat, 16210 Tumpat, Kelantan Darul Naim.

KENAPA KAMI PERLUKAN BANTUAN ANDA?

(SURAT TERBUKA PENGASAS MADRASAH MARDIYAH)

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, hari ini saya, Ustaz Zakaria Bin Yusuf, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ha, ingin berkongsi satu perkara yang amat penting bagi masa depan agama dan ilmu di negeri tercinta, Kelantan.

Sejak tahun 2016, saya telah membuka pondok ini di Kg. Berangan, Tumpat, Kelantan, dengan tujuan yang jelas, iaitu memelihara dan mengembangkan ilmu agama dan warisan Kitab Turath. Pengajian Kitab Turath telah menjadi fokus utama kami. Namun, seiring dengan usaha kami yang tekun, permintaan untuk berguru semakin bertambah dari para pelajar serta masyarakat sekeliling.

Kami memahami bahawa masa depan ilmu agama adalah tanggungjawab bersama kita semua. Pada masa ini, Pondok Madrasah Mardiyah ini hanya mampu menampung sekitar 15-18 orang dewasa sahaja kerana struktur yang usang, tanpa dinding dan tempat yang sempit. Namun, impian kami adalah untuk membangunkan pondok ini menjadi sebuah tempat yang mampu menempatkan hingga 100 pelajar.

Mengapa ini begitu penting? Di zaman ini, isu-isu agama semakin mencabar dan rumit. Hanya melalui pemahaman mendalam terhadap Kitab Turath dan ilmu agama, kita dapat memelihara kesucian serta keharmonian ajaran Islam. Pondok ini bukan sekadar bangunan, tetapi ianya adalah sumber cahaya agama yang akan membimbing generasi kita dalam menyelesaikan permasalahan keagamaan dalam masyarakat.

Maka, dengan penuh ikhlas, saya memohon sokongan dan sumbangan dari semua pihak untuk menjayakan impian ini. Sumbangan anda tidak hanya akan membantu dalam pembinaan bangunan fizikal, malah dapat membentuk generasi yang akan menjadi penjaga agama dan kebenaran. Marilah kita bersatu demi kebaikan ummah dan kejayaan akhirat.

Terima kasih kepada saudara-saudari yang dihormati. Mari kita bersama-sama menjadikan impian ini kenyataan. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

Madrasah Mardiyah

TONTON VIDEO DI BAWAH UNTUK TAHU MENGAPA MADRASAH MEMERLUKAN BANTUAN ANDA

Keadaan Pondok Pengajian Sekarang

Update Terkini Oct, 2024

Projek: Pembangunan Madrasah Mardiyah

Jumlah Kos: RM800,000

Baki Diperlukan
RM 600000
Madrasah Mardiyah

PROGRES PEMBINAAN MADRASAH MARDIYAH

Pembinaan sedang giat dijalankan. Selepas ini, bangunan ini bakal menjadi tempat pengajian dan tempat tinggal anak-anak Madrasah Mardiyah yang belajar di sini.

Gembiralah jiwa mereka yang berkongsi sedikit harta yang ada, kerana Allah telah membina untuknya rumah di syurga. MasyaAllah.

Ia sebagaimana disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana ALLAH walau sekecil apa pun, maka, ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Madrasah Mardiyah

Ayuh, mari bersama-sama membantu membangunkan Madrasah Mardiyah dengan bersedekah.

LOT BINA MADRASAH MARDIYAH SERENDAH RM50 SAHAJA

Sila pilih jumlah yang anda ingin sedekah
Madrasah Mardiyah

Pengasas Madrasah Mardiyah,
Tumpat, Kelantan

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi : 601155273522 (Madrasah Mardiyah)

MADRASAH MARDIYAH, Lot 1407/1408 Kampung Talak, Chabang Empat,
16210 Tumpat, Kelantan Darul Naim

601155273522 | 2024